Friday, June 13, 2008
YUHUUUU....!!
helo kawan..
mcm sunyi jer kg ni...yer laa sejak pemergian Mem Aluya mcm sunyi skit eh....? aku skg ni ada mengalami sintom2 malas nk kerja...annual leave ada lagi 6 hari...mungkin next week aku ambek cuti panjang...selama aku kerja sini aku tak penah cuti panjang2...paling lama aku cuti 4 hari direct...nak gak rase cuti panjang2 ni...tap yg aku riso bila time cuti ni aku jadi tak productive langsung...lesu jer badan...kena banyakkan bersenam ni...huhuhu (dari last year aku ckp mcm ni...)
yayyy..nnti zul nk belanja tengok wayang...!!! yaayyy...sekali ngan pizza tu....!! zul skg dah jadi Human Body Manager...hahaha
(I Know What U Did Last Week Bie) muahahaha
Thursday, June 5, 2008
Biarkan...biarkan
Minyak naik lagi,
Biarkan, biarkan
Minyak naik lagi 30 sen hari ni
Biarkan, biarkan
Tambang bas dah naik,
Biarkan, biarkan
Tarif elektrik nak naik
Biarkan, biarkan
Rumah kita banjir
Biarkan, biarkan
Anak-anak ramai tak sekolah
Biarkan, biarkan
Cukai tanah banyak negeri dah naik
Biarkan, biarkan
Apa nak kecoh kecoh
Zaman Jepun dulu lagi susah
Makan ubi kayu, minum air perigi
Minyak kita masih murah daripada Thailand, Singapura, Filipina
Biarkan, biarkan
Boleh naik lagi... ?
*PM kata kena ubah cara hidup...?
nak ubah mcm mana lagi...??? cuba bagi tahu kat aku...nak suruh kita makan ubi semula...??? bukan pasal nk hidup mewah tapi kalo 70% daripada gaji abes ke minyak...org cerdik tak buat demontrasi tp mereka berfikir kenapa pemimpin yg mereka sanjung sanggup buat rakyat menderita...sekarang budak tadika pun dah tahu harga minyak Malaysia lebih rendah dari Thailand dan Singapura...yg budak tadika tak tahu kenapa Malaysia tak bandingkan dgn Brunei atau Saudi Arabia...tak kan nk buat umah belakang office kot...mcm kelakar lah pulak...kenaikan harga minyak bermakna harga asas lain pun naik...mereka ni tak pikir ker..??? mereka kena ingat rakyat tak akan memberontak kerana sakit..tapi akan memberontak kerana lapar...(org sakit tak larat nk melawan) betullah, bila kita banyak cakap..kita kurang berfikir...haa...lu pikir laa sndirikk..!!
Perbandingan Harga Minyak Serantau Sebelum Kenaikan
(Pengeluar Minyak Dunia)
Malaysia RM1.92 (sekarang RM2.70)
Indonesia RM1.61
Iran RM0.29
Venezuela RM0.16
Turkemenistan RM0.39
Arab Saudi RM0.19
Mesir RM0.81
Wednesday, June 4, 2008
OFFER LETTER
salam...
alhamdulillah...berkat doa makbapak dan sahabat2...
tercapai gak aku jadi art director...
mungkit org ckp aku terlalu muda untuk title ni,
tp aku akan buktikan segala ilmu yg aku belajar
kat Bloomingdale ni sebagai batu asas untuk pergi
lebih jauh...cewahhh..!!
akceli, target aku untuk jadi art director ni bila umor
29 tp dpt sedikit awal...company pun dekat ngan umah,
dekat jugak ngan umah awek...nnti leh singgah dinner..
huhuhuh...
ok...all da best to you too guys..!!
Monday, June 2, 2008
RESIGNATION NOTICE
KEBESARAN ALLAH SWT
http://zul878.multiply.com/video/item/5/Kailolo_kebesaran_ALLAH_SWT.3gp
Klip ini diterima dari seorang sahabat. Kisah ini berlaku awal tahun ini di Pulau Malibu, Indon. Sebuah masjid baru telah dibina di sebuah kampung di Pulau Malibu. Namun mereka tiada kren untuk pindahkan kubah dari masjid lama ke masjid yang baru.
Maka seramai lebih kurang 3000 orang qiyai telah berkumpul di masjid tersebut untuk berzikir. Dengan Rahmat dan kebesaran Allah kubah dari masjid lama "diangkat dan dipindahkan" ke atas menara masjid yang baru hanya dengan zikirullah.
Dikatakan ramai yang pengsan dan histeria melihatkan kejadian ini.
Wallahualam.
"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin." (As-Sajadah : 12)

Subscribe to:
Posts (Atom)