Friday, August 15, 2008

SOS

salam kawan2...

k.e nk mintak tolong sikit...kalau korang sembahyang tu tolong doakan kesejahteraan, ketenangan untuk siti nurfazilah bt saraf...dia dlam kesusahan...bantu membantu kita sesama islam...kalau 10 org berdoa lebih baik dari seorg sahaja yg berdoa...k.e first time handle benda2 mcm ni...so mintak tolong akak2 dan abang2 semua...hanya Tuhan saja yg dapat membalas jasa baik kamu semua...insyAllah

regard
k.e

Wednesday, August 13, 2008

Doaku..

Aku menghulurkan kedua tanganku memohon Engkau limpahkan rahmat dan hidayahMu. Terasa terlalu lemah diri ini tanpa pertolonganMu ya Allah.

Ya Allah
Segala pujian bagiMu Tuhan Sekelian Alam.
Yang Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.
Tuhan Pemerintah hari pembalasan.
Hanya Engkaulah yang ku sembah dan kepadaMu kami memohon pertolongan
Tunjukkanlah aku jalan yang lurus. Jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat keatas mereka

Ya Allah Ya Rahman Ya Rahim
Ampunkan dosa-dosa ku kepada Mu ya Allah. Aku terlalu lemah dengan godaan syaitan, aku masih melakukan maksiat walaupun ku tahu ianya Engkau murkai, aku masih lalai dalam ibadat walaupun ku tahu ianya Engkau tuntuti.

Ya Allah, teguhkanlah iman ku, kuatkanlah hatiku,
Kurniakanlah kepadaku hidayahMu, taufiqMu dan lindunganMu
Jauhilah aku dari segala laranganMu,
Dekatkanlah aku dengan segala suruhanMu,
Tanamlah rasa benci dihatiku kepada maksiat,
Tanamlah rasa cinta dihatiku kepada ibadat.

Ya Allah, ampunkanlah dosa kedua ibubapaku
kasihilah mereka sebagaimana mereka mengasihiku ketika aku kecil
bukakanlah pintu hati mereka untuk beriman kepadaMu
aku terlalu banyak terhutang budi kepada mereka ya Allah

Ya Allah, Kau lindungilah keluargaku, kekasihku, rakan-rakanku, sahabat-sahabat baikku,orang yang mengenaliku dan seluruh umat Islam seluruh dunia ini dengan limpah kurniamu. Berkati dan permudahkanlah segala kerja mereka untuk menyembahMu,
Tuhan yang Maha Esa.

Ya Allah ya tuhanku, hanya padaMu aku menyembah, hanya padaMu aku berdoa,
Perkenankanlah doaku ini dan Engkau jadikanlah aku dari orang-orang yang soleh
yang mendoakan keampunanku daripadaMu ya Allah. Jadikanlah aku sebagai hamba soleh ke syurgaMu ya Allah dan jangan Engkau jadikan aku hamba ke nerakaMu.
Teguhkanlah iman kaumku ya Allah
jauhilah mereka dari siksaMu ya Allah.
Tuhan Sekelian Alam.

Amin Ya Robbi Alamin.