Wednesday, January 28, 2009

HUKUM BERSANDING

Assalamualaikum..

1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat menghalau roh jahat serta meraikan kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.


Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat serta meraikan, maka ia adalah syirik - bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing. "Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian (Niat): Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)


Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat. Hanya muhrimnya sahaja dibenarkan melihat persandingan itu. Jika tidak ia boleh mendatangkan fitnah dan harus dielak.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.
Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakal"

[Al-Anfaal (8):2]

14 comments:

Unknown said...

Pergh!

Dasat! Hang mmg dah bole nikah nih!

ehehheeh...

Khambeng Madu said...

ehemm..ilmu agama atau ceramah adalah wajib dan dituntut bagi setiap org islam brtujuan utk menyelamatkan umat islam dari tersesat dan terpesong...hehehe aku pun masih belajar k..pergghhh..

Mem Aluya said...

Dato K tu kemain lagi bersanding hari tu. Dah la rupa cam jenggo tengok bini dia menyanyi. Eeee.

Dory said...

alhamdulillah.. k.e telah kembali ke pangkal jalan..

Miss Taeyong said...

muahahahaa... orang dah sampai seru la katakan...

SitiNur said...

bagus K-E,info yg bagus.Semoga dapat keberkatan kenuri kawin kami nanti.

Hah satu lagi,banyakkan selawat pas bertunang ni. Iblis xsuka anak Adam Bersatu.Jadi rajin2 la selawat ya. Upload la gambar tunang 2,3 keping.

FerioBiru said...

terima kasih bro... kerna kongsi ilmu yang bagus

ZilaKE said...

untungnye i =P thx for the info dear

Zu said...

Good job:D

NaD said...

thanx for sharing :)

Anonymous said...

weh..hukum berinai tu temasuk dalam hukum berhias jugak ke?? aku dulu pakai inai pakai cat nippon paint je...

KitKet said...

pekata daripada tabut beras tu kita tabur nasi goreng cina ker .. best sikit.. sambil tabur sambil kenyang

sue cipot said...

terima kasih atas info yg amat bguna

SitiNur said...

kenuri kat umah Ct nanti tak bersanding jugak..:)