Sunday, October 4, 2009

SALAM SYAWAL

Assalamualaikum, pada kawan2 semua...
lama aku tak memblog, bukan apa..sibuk dgn tanggungjawab sbgai suami..macam2 yg dah aku lalui selama 6 bulan bergelar suami ni (baru 6 bulan je?)...hehehe

Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah subhanahu wata’ala kerana dengan limpah kurnia ALLAH azza wa jalla, kita semua brjaya melaksanakan ibadah puasa Ramadhan sebulan (bagi yg puasa la kan). Dan sekarang kita brada dalam bulan Syawal. Bulan yang juga dimuliakan oleh Allah kerana padanya ada amalan brhari raya iaitu pada 1 syawal, dan padanya juga ada amalan berpuasa sunat yg amat besar ganjaran pahalanya, sebagaimana sabda Nabi,

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan , kemudian diikuti dengan 6 hari daripada Syawal, adalah seperti berpuasa setahun.”

Fadhilat puasa 6 syawal disebut dalam hadis secara umum, tak dikhususkan dan dimestikan berturut2. Kalo berselang seli pun terhasil puasanya selagimana dalam bulan Syawal. Kalo puasa akhir syawal sekalipun, contohnya 29 syawal baru habis yg ke6, juga terhasil fadhilatnya. Cuma yg afdhalnya ialah ‘mutatabi’atan’ iaitu berturut2, tidak putus muwaalat harinya. Yg penting syarat sahnya mesti dalam BULAN SYAWAL!!Ibnu Abbas

Jadi sama2lah kita menghayati salah satu bulan yg istimewa ini..tak sempurna rasanya kalo sesuatu perkara yg baik tidak dikongsi dgn kawan2 semua walaupun kebaikan itu pahit..ye Anak2..! selamat beramal! Allah Hu'robi