Thursday, January 29, 2009

BERTUNANG




+credit: AsBaha, Zol, Azle

Wednesday, January 28, 2009

HUKUM BERSANDING

Assalamualaikum..

1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat menghalau roh jahat serta meraikan kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.


Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat serta meraikan, maka ia adalah syirik - bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing. "Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian (Niat): Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)


Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat. Hanya muhrimnya sahaja dibenarkan melihat persandingan itu. Jika tidak ia boleh mendatangkan fitnah dan harus dielak.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.
Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakal"

[Al-Anfaal (8):2]

Friday, January 16, 2009

BERTUKARR..!!

salam..

experience will help you to destroy all ambitious candidates...true huh..! tu laa cara dlm advertising ni..tdi pas jumaat pegi interview kat advertising agency ni..somewhere in damansara..pastu dapat sms dr region president.."You're the top brother!"...huhuhu very the very the veryyyyy sukerrr laa..!! suke sbb one step to international..! hik (syukur)

spread my wings and fly...

Tuesday, January 6, 2009

NO PAIN NO GAIN

hari munggu lepas aku n geng main paintball lagi...tp kali ni indoor n outdoor..best gak tp mula2 rangcangan kami nk main kat sebuah dusun di gombak..tp kena batalkn sbb hujan tak hingat..so kami main kat sungai buloh
ni hari pertama parut kena kat lengan...time ni tgh perit..
ni hari ke 3...time ni bengkak dia sakit smpai lenguh2 tangan aku..

so penduduk2 kg..kalo ada org buat tak senonoh dlm kg kita tembak perut dia heh..!! huhuhuh..perit wei..sekian laporan dr bilek berita baekkk..!!

SYUKUR


bila saja hati remuk
bila saja gundah gulana
bila saja terasa kosong
satu persatu senyuman itu terlukis di ingatan..

sayang benar,sepenuh hati
sungguh tiada dusta
harap dpt yg sama
seperti terangnya malam yg berbulan
bercahayanya siang drpd matahari
syukur ya Allah, syukur....


+credit: Cici Suleiman

Monday, January 5, 2009

2009


Salam semua...

tahun 2009 yg baru ni, bakal memberikan kita semua hari2 yg tak diduga untuk dilalui..bagi aku, hari esok mcm satu misteri utk ditempuhi, aku hanya boleh merancang dan perangcangan aku boleh bertukar disaat-saat terakhir..

"Wamakaru Wamakarallah, Wallahu Khairul Maakiriin"
Dan kamu merancang dan Allah merancang, Dan rancangan Allah jualah sebaik-baik perancang

Have u ever did something that u always dream of doing?
apa yg menghalang ko..? apa yg takut sangat..? people around u will laugh at u..? feel silly..? feel stupid..? sbb tu NIKE kata Just Do It...sbb tu gak laa aku ni minat gila kat advertising..Just Do It..its a damn strong of a slogan!!

Leonardo Da Vinnci once said...
"You can run but do stop sometimes to smell the flowers..."

Yup..sbb tu tahun 2009 ni aku akan terus berlari..bila nk berhenti? hanya tuhan yg tahu..this is a long marathon for me n u..keeps running...sometimes do stop to smell the flowers...and keeps moving

Teruskan berlari..
It never ends..
It never will.