Sunday, October 4, 2009

SALAM SYAWAL

Assalamualaikum, pada kawan2 semua...
lama aku tak memblog, bukan apa..sibuk dgn tanggungjawab sbgai suami..macam2 yg dah aku lalui selama 6 bulan bergelar suami ni (baru 6 bulan je?)...hehehe

Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah subhanahu wata’ala kerana dengan limpah kurnia ALLAH azza wa jalla, kita semua brjaya melaksanakan ibadah puasa Ramadhan sebulan (bagi yg puasa la kan). Dan sekarang kita brada dalam bulan Syawal. Bulan yang juga dimuliakan oleh Allah kerana padanya ada amalan brhari raya iaitu pada 1 syawal, dan padanya juga ada amalan berpuasa sunat yg amat besar ganjaran pahalanya, sebagaimana sabda Nabi,

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan , kemudian diikuti dengan 6 hari daripada Syawal, adalah seperti berpuasa setahun.”

Fadhilat puasa 6 syawal disebut dalam hadis secara umum, tak dikhususkan dan dimestikan berturut2. Kalo berselang seli pun terhasil puasanya selagimana dalam bulan Syawal. Kalo puasa akhir syawal sekalipun, contohnya 29 syawal baru habis yg ke6, juga terhasil fadhilatnya. Cuma yg afdhalnya ialah ‘mutatabi’atan’ iaitu berturut2, tidak putus muwaalat harinya. Yg penting syarat sahnya mesti dalam BULAN SYAWAL!!Ibnu Abbas

Jadi sama2lah kita menghayati salah satu bulan yg istimewa ini..tak sempurna rasanya kalo sesuatu perkara yg baik tidak dikongsi dgn kawan2 semua walaupun kebaikan itu pahit..ye Anak2..! selamat beramal! Allah Hu'robi

Saturday, May 30, 2009

TERBARU


assalamualaikum semua...

apa cher korang2 ni..? diam ja..banyak gosip2 liar yg aku dengar dari kaki2 gosip yg kerjanya 24/7 dok gosip jer pasai kampung kita ni..tp apa2 pun rajin2 la update blog supaya org tahu perkembangan terkini pasai kita...eceh, ckp org..aku pun sebulan skali jer update..hahaha..mangap la..bz..huhu

aku skg dah kerja di tempat baru..hehehe..kejap2 tukar keje kan? dah mcm tu asam garam kalo keje dlm bidang ni..kalo nk best selalu2lah tukar...tp tak la best mana pun..lagi pening ada..skg aku dah kerja kat stesyen tibi...tibi3...hahaha...selalu lah tgok tibi3 yer skg..mana tahu aku jadi model terlajak..muka mcm aku ni memang ramai org puja..hahaha..bila weekends aku buat kerja2 freelance dgn brother bukit cilake dan abe warna itam...hahah...jangan riso...magicworks berjalan seperti biasa..kami sedang bekerjasama...dah senang nnti kami bercita2 membeli sebuah pesawat mudah alih utk memudahkan kami berjalan...tak payah nk tempuh jam...ok..doa2kan kami k...

tata..




Wahai Tuhan... Ku tak layak ke syurga-Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat-Mu, ampunkan daku... Oh Tuhanku

Wahai Tuhan... selamatkan diri ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Aku takut, Aku harap kepada-Mu
Suburkanlah cinta aku kepada-Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari-Mu

Saturday, May 9, 2009

A Heart Just Like Mak

Syurgaku di telapak kaki mereka


Ya Allah Ya Tuhanku...this is all I ask of you..

Ya Allah...please give me a heart just like Mak, she loves unconditionally, no matter what, no matter who..

Ya Allah...give me courage to be like Mak, she's very brave, she makes me unafraid..

Ya Allah...give me wisdom just like Mak, she knows everything, big and small, she's there to help through it all..

Ya Allah...give me strength just like Mak, she's been knocked down, yet she stands strong for another round..

Ya Allah...give me beauty just like Mak, when she smiles it gives me that feeling that everything will be ok, and all my problems disappear for awhile....

Ya Allah...give me generosity just like Mak, she helps the helpless, she never thinks of herself and she's so un-selfish....

Ya Allah Ya Tuhanku...
how much I admire makku...
how much I appreciate makku...
how much I thank you...for everything you've done...amin

Selamat Hari Ibu, Mak...

With so much of love,
Zulkhairy Yusof


(ditujukan khas utk mak dan mak mertuaku..)

WANITA.Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tak de dalam syurga..? Namun Adam tetap rindukan Hawa.

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah (uff) dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia".
(Surah Al Isra' 23)

Tuesday, April 28, 2009

Hamster



ni kalo adik ipar tu aku suka la..

Friday, April 24, 2009

New Life








**dah sebulan aku kahwin baru skg upload..hehehe bukan apa, photographer tu baru bagi gmbar..pada kawan2 yg dtg terima kacih! ni jer gmbar yg sopan..yg lain gmbar bukak aurat dlm bilik..hik hik..

**lain2..tunggu jer berita baek dari kami k..! kami sedang memproses! hahaha

Monday, March 16, 2009

Viva La Liverpool

Man Utd v Liverpool


nothing to say..Liverpool can beat any team and any form..Viva La Liverpool..!

Thursday, March 5, 2009

AKU SEKARANG

salam,

+ pening + keliru + serabut + stress + letih + tunang + lebam + mengantok + sengal-sengal + bekerja keras + jobs luar + pening balik + dahaga + batin meronta + rindu + sakit tekak + sakit backbones + nak call mak + annual report design + homestay + 21st March + abah + daniel iskandar + makcik + insurance + dapur tak berasap + urut tradisional + kad kahwin + hantaran + kawan dan sahabat + terengganu +


surah Al-Ikhlas baik untuk lelaki mahupun perempuan...

"Demi Allah yang jiwaku ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis disayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis di sayap malaikat Mikail a.s, Lamyalid walam yuulad tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s".

Thursday, February 26, 2009

"Subhan'allah"

" ...boleh jadi kamu membenci sesuatu, padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi (pula) kamu menyukai sesuatu, padahal ia amat buruk bagimu; Allah mengetahui, sedang kamu tidak mengetahui."

(Al-Baqarah:216)

Friday, February 20, 2009

SOMETHING TO SHARE ON FRIDAY EVENING



Dan hendaklah ada di antara kamu satu puak yang menyeru (berdakwah) kepada kebajikan (mengembangkan Islam), dan menyuruh berbuat segala perkara yang baik, serta melarang daripada segala yang salah (buruk dan keji). Dan mereka bersifat yang demikian ialah orang-orang yang berjaya.

( Surah Ali Imran : 104 )

Invitation Card

Click at the image for better result

Assalamualaikum..

On behalf of my family, aku menjemput semua org yg membaca blog ini untuk menghadirkan diri di majlis perkahwinan ini..U are officially invited (org Kampung Sri 360 WAJIB)
so please make ur self free on 22nd March 2009..untuk menerima kad printed version pls write down ur address..ok

tq for your life support ya!
Khairi Yusof

JANGANLAH MENGHARAPKAN ISTERI SEMULIA FATIMAH AZ-ZAHRA'.
ANDAINYA DIRIMU TIDAK SEHEBAT SAIDINA ALI KARAMALLAHUWAHAH.

Friday, February 6, 2009

BAKAL MAK

hehehe..

Assalamualaikum...

rasa segan2 kambeng plak entry kali ni...bukan sbb apa, aku memang segan ngan makcik di atas tu...segan dia rasa macam boleh kecut laa semua lemak2 tepu dalam badan ni...saja aku nk kenalkan pada kawan2 & dan sahabat aku dalam ni...ni laa bakal mak mertua aku...sweet kan..? hehehe...aku sedang cuba utk mengenali keluarga belah perempuan...sbb org kata kalo kahwin ni kena kahwin dgn keluarga2nya sekali kan...InsyAllah...bulan ni adalah bulan terakhir aku duduk kat umah aku tu (Ilham Apartment, TTDI Jaya) lepas ni aku pindah ke bukit jelutong...rumah aku dan bakal isteri aku (ewahh)...hik hik hik...aku rasa mcm nk kahwin kat capetown jer..segan laa nk kahwin ni..sib baik tak bersanding...kalo tak boleh terkucil aku atas pelamin..hehehe segannyeeee...! wah tak sangka aku dh nk kahwin...hik..(terkepit-kepit)

Wednesday, February 4, 2009

GREAT LIVERPOOL



kepada sesiapa yg mencabar Liverpool utk meraih gelaran juara tahun ni, sila la..kami dah buktikan...Torres dah tunjuk yg dia masih berbisa...hip hip horeeee..!!

Thursday, January 29, 2009

BERTUNANG




+credit: AsBaha, Zol, Azle

Wednesday, January 28, 2009

HUKUM BERSANDING

Assalamualaikum..

1. Definisi Persandingan: meletakkan suami-isteri yang baru dinikahkan di atas penganjangan (pelamin) dengan berhias indah, berpakaian lengkap, dikipas oleh dua jurukipas dan ditonton oleh orang ramai atau orang tertentu sahaja.

2. Tujuan: antara tujuan utama persandingan ialah untuk ditonton, menjadi kenangan bersejarah, meraikan peluang seumur hidup dan menghayati adat dan budaya nenek moyang.

3. Sejarah: ada dua teori dalam menjelaskan dari mana asalnya persandingan dalam adat Melayu. Pertama: bahawa persandingan adalah adat resam Melayu tulen. Ini kerana istilah raja sehari itu persis kepada adat istiadat Melayu yang berpaksikan raja (HM Sidin, Adat Resam Melayu, PAP, 1964)

Kedua: Persandingan adalah adat yang diimport dari India. De Jong (Religions in the Malay Archipelago, Oxford Univ. press, 1965) dan Joginder Singh (Tata Rakyat, Longman, 1978) berpendapat ia adalah pengaruh Hindu.

4. Unsur-unsur khurafat dalam persandingan:

(a) Penggunaan beras pada upacara persandingan ialah bertujuan memberi semangat menghalau roh jahat serta meraikan kepada pengantin berdasarkan kekuningan semangat padi.

(b) Penggunaan jampi mentera untuk menghalau hantu syaitan yang mungkin mengganggu majlis itu.


Hukum Islam Terhadap Persandingan

1. Menabur Beras: Jika ia ditabur dengan tujuan menambah semangat dan menghalau roh jahat serta meraikan, maka ia adalah syirik - bercanggah dengan surah al-Fatihah: ayat 5: Thee do we worship, and Thine aid we seek., dan Yunus: 107: If Allah do touch thee with hurt, there is none can remove it but He: if He do design some benefit for thee, there is none can keep back His favour: He causeth it to reach whomsoever of His servants He pleaseth. And He is the Oft-Forgiving, Most Merciful.

2. Membaca Jampi Mentera: Jika beriktikad bomoh atau pawang itu membaca jampi-mentera dengan tujuan dapat memelihara majlis itu daripada roh jahat, maka dia juga amalan syirik seperti yang dijelaskan di atas.

3. Berandam: Perbuatan andaman yang berbentuk "li tadlis" mengabui/merubah kecantikan yang sebenar adalah haram. Antaranya yang disebut oleh al-hadis: HR Muslim-Muslim dari Abdullah Ibn Mas'ud: "Allah melaknat wanita yang mencucuk tangan dan menaruh warna (tattoo) dan yang meminta berbuat demikian; wanita-wanita yang menghilangkan bulu kening di muka*, wanita yang mengikir gigi dan menjarangkannya supaya kelihatan cantik yang merubah kejadian Allah." (*pengecualian: membuang bulu yang berupa janggut atau misai atau side-burn.)

4. Berhias untuk dipamerkan (tabarruj): Berhias dengan tujuan untuk dipamerkan kepada orang ramai adalah dilarang. Firman Allah (maksudnya), "Janganlah kamu bertabarruj seperti kelakuan orang zaman jahiliah dahulu." (Al-Ahzab: 33)

5. Mengadakan kenduri walimah secara besar-besaran: Hukum sebenar kenduri kahwin ialah sunat sahaja sebagaimana sabda baginda: "Adakanlah kenduri kahwin walaupun hanya dengan seekor kambing. "Islam mencela amalan boros: "Janganlah kamu membazir secara melampau." (Maksud al-Isra': 26)

6. Menjadikan hadiah atau pemberian wang sebagai satu kemestian (Niat): Ini berlawanan dengan roh Islam Firman Allah," Allah tidak memberati seseorang melainkan apa yang terdaya olehnya." (2: 286)

7. Mas kahwin dan hantaran yang mahal: Inilah adalah sunah Rasul saw: "Wanita yang paling berkat ialah wanita yang paling murah hantarannya." (HR Ahmad, al-Hakim dan Baihaqi)


Demi meraikan adat: Islam membenarkan persandingan dengan meletakkan syarat:

1. Jika ia disandingkan secara tertutup (di hadapan muhrim atau keluarga terdekat) dan kanak-kanak yang belum mengerti tentang aurat.

2. Jika ingin melakukan secara terbuka diharuskan jika bertujuan iklan dan memperkenalkan mempelai kepada para jemputan dan kaum keluarga dengan syarat kesemua pihak baik pengantin dan para jemputan semua menutup aurat kecuali perhiasan yang biasa dilihat. Hanya muhrimnya sahaja dibenarkan melihat persandingan itu. Jika tidak ia boleh mendatangkan fitnah dan harus dielak.

Rujukan
1. Prof Muhammad al-Ghazali, Laisa minal Islam.
2. Ibn Taymiyah, Hijab al Mar'ah wa Libasuha.
3. Prof Qardhawi, Fatwa Mu'asirat dan Halal & Haram fil Islam.
Sumber: Tuan Hassan Tuan Lah, "Bersanding dalam Pandangan Islam".


"Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu adalah mereka yang apabila disebut nama Allah gemetarlah hati mereka, dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya bertambahlah iman mereka (karenanya) dan kepada Tuhan-lah mereka bertawakal"

[Al-Anfaal (8):2]

Friday, January 16, 2009

BERTUKARR..!!

salam..

experience will help you to destroy all ambitious candidates...true huh..! tu laa cara dlm advertising ni..tdi pas jumaat pegi interview kat advertising agency ni..somewhere in damansara..pastu dapat sms dr region president.."You're the top brother!"...huhuhu very the very the veryyyyy sukerrr laa..!! suke sbb one step to international..! hik (syukur)

spread my wings and fly...

Tuesday, January 6, 2009

NO PAIN NO GAIN

hari munggu lepas aku n geng main paintball lagi...tp kali ni indoor n outdoor..best gak tp mula2 rangcangan kami nk main kat sebuah dusun di gombak..tp kena batalkn sbb hujan tak hingat..so kami main kat sungai buloh
ni hari pertama parut kena kat lengan...time ni tgh perit..
ni hari ke 3...time ni bengkak dia sakit smpai lenguh2 tangan aku..

so penduduk2 kg..kalo ada org buat tak senonoh dlm kg kita tembak perut dia heh..!! huhuhuh..perit wei..sekian laporan dr bilek berita baekkk..!!

SYUKUR


bila saja hati remuk
bila saja gundah gulana
bila saja terasa kosong
satu persatu senyuman itu terlukis di ingatan..

sayang benar,sepenuh hati
sungguh tiada dusta
harap dpt yg sama
seperti terangnya malam yg berbulan
bercahayanya siang drpd matahari
syukur ya Allah, syukur....


+credit: Cici Suleiman

Monday, January 5, 2009

2009


Salam semua...

tahun 2009 yg baru ni, bakal memberikan kita semua hari2 yg tak diduga untuk dilalui..bagi aku, hari esok mcm satu misteri utk ditempuhi, aku hanya boleh merancang dan perangcangan aku boleh bertukar disaat-saat terakhir..

"Wamakaru Wamakarallah, Wallahu Khairul Maakiriin"
Dan kamu merancang dan Allah merancang, Dan rancangan Allah jualah sebaik-baik perancang

Have u ever did something that u always dream of doing?
apa yg menghalang ko..? apa yg takut sangat..? people around u will laugh at u..? feel silly..? feel stupid..? sbb tu NIKE kata Just Do It...sbb tu gak laa aku ni minat gila kat advertising..Just Do It..its a damn strong of a slogan!!

Leonardo Da Vinnci once said...
"You can run but do stop sometimes to smell the flowers..."

Yup..sbb tu tahun 2009 ni aku akan terus berlari..bila nk berhenti? hanya tuhan yg tahu..this is a long marathon for me n u..keeps running...sometimes do stop to smell the flowers...and keeps moving

Teruskan berlari..
It never ends..
It never will.