Thursday, August 12, 2010

RAHSIA ALLAH


Sesungguhnya Allah S.W.T telah menyembunyikan 6 perkara iaitu :

* Allah S.W.T telah menyembunyikan redha-Nya dlm taat...* Allah S.W.T telah menyembunyikan murka-Nya di dlm maksiat...* Allah S.W.T telah menyembunyikan nama-Nya yg Maha Agung di dlm Al-Quran...* Allah S.W.T telah menyembunyikan Lailatul Qadar di dlm bulan Ramadhan...* Allah S.W.T telah menyembunyikan solat yg paling utama di dalam solat (yg lima waktu)...* Allah S.W.T telah menyembunyikan hari kiamat (hari kejadiannya) di dlm semua hari...

"Maut datang menjemput tak pernah bersahut...Malaikat datang menuntut untuk meragut...Manusia tak kuasa untuk berkata2...Allah Maha Kuasa atas Syurga dan Neraka...terimalah habuanmu dengan seadanya..."


"Ingat MATI, ingat sakit
Ingatlah saat kau sulit
Ingat-ingat hidup cuma satu kali...
Berapa dosa kau buat
Berapa kali maksiat
Ingat-ingat sobat ingatlah akhirat..." *wali band*

Tuesday, July 13, 2010

Subuh

"Rasulullah saw, apabila baginda meragui keimanan seseorang pd zamannya, akan memerhatikan solat Subuh individu berkenaan untuk mengesahkan tahap keimanannya. Apabila baginda dapati orang tadi tidak menunaikan solat Subuh, maka benarlah apa yg baginda ragui itu,” demikian catat buku ‘Misteri Solat Subuh’ tulisan Dr Raghib as-Sirjani.

Edisi bahasa Malaysia diterjemahkan oleh Ahmad Munaji LC dan diterbitkan oleh Darul Nu’man. Menurut buku terbabit, kepentingan solat Subuh (tetapi bukan bermakna solat lima waktu lain boleh dikesampingkan) turut terkandung di dalam hadis baginda bermaksud:

“Sesungguhnya dua solat ini (Subuh dan Isyak) adalah solat yang berat bagi orang munafik. Sesungguhnya apabila mereka mengetahui apa yang ada di dalam solat Subuh dan Isyak, maka mereka akan mendatanginya sekali pun dengan merangkak.” (Hadis riawayat Ahmad dan an-Nasa’i)

Apa yang dimaksudkan Rasulullah saw dengan ‘mendatanginya sekali pun dengan merangkak’ ialah datang solat berjamaah di masjid. Penulis buku berkenaan tidak bermaksud bahawa mereka yang tidak datang solat Subuh di masjid sebagai munafik, tetapi catatnya:

“Kalau seseorang meninggalkan solat ini dengan sengaja, maka kesengajaan itu adalah bukti nyata dari sifat kemunafikan.” makanya kalau kita nk kenal siapa munafik itu lihat saja solat subuhnya...hey orang2 munafik, ketahuilah kamu tidak layak untuk meniti titian Shirathal Mustaqim..!!

Sedarlah kawan2ku, kita adalah umat akhir zaman yg disebut2 dlm hadis..kita sudah menghampirinya.. penjaga makam Rasulullah pernah bermimpi didatangi Rasulullah lalu baginda bersabda; drpada 60,000 umat akhir zaman ini, tiada satu pun matinya termasuk dlm golongan org beriman..Allah'hu Rabbi

Tuesday, June 22, 2010

AURAT WANITA

Alhamdulillah, segala puji hanyalah utk Allah Ta'ala. Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin, para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.


Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan iparnya yg berlainan jantina...?

Maka jawapannya ialah: Wanita itu TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA AURATNYA di hadapan iparnya (yang berlainan jantina). Wanita itu mestilah bertudung dan memakai pakaian menutup aurat.

Walaupun begitu dibenarkan wanita itu TIDAK MEMAKAI STOKIN dan juga MENYINSING LENGAN BAJUNYA agar mudah dia melaksanakan tugas-tugasnya di rumah (seperti di dapur). Ini disebabkan kalau si wanita itu mesti sentiasa berstokin dan berlengan labuh, sudah tentu ini agak menyukarkan dia melakukan tugasnya di dalam rumah .

Walaupun begitu, ini bukanlah alasan untuk si abang ataupun adik ipar untuk "MEMANDANG SECARA LAIN MACAM" (pandangan penuh berahi) kepada kakak ataupun adik iparnya. Bagaimanakah dibolehkan jika pandangan itu sendiri mempunyai "makna jahat" !?.

Tudung kepala (yang juga menutup lehernya dan dadanya) TIDAK BOLEH ditanggalkan di hadapan iparnya (yang berlainan jantina ini) .

Inilah dia hukumnya berdasarkan mudahnya Islam. Di samping kemudahan diberikan, Islam tidak lupa juga memberi amaran akan bahayanya apabila kemudahan itu disalah gunakan. Tidak dapat dinafikan, di dalam dunia moden ini kadang2 seseorang wanita itu terpaksa tinggal serumah juga dengan iparnya lantaran perkerjaan ataupun pengajian. Hubungan ipar itu hendaklah dijaga dengan batas-batasnya.

Ya kita boleh mempunyai hubungan mesra dengan ipar kita tetapi hubungan sebagai ipar sahaja. Tidak lebih daripada itu. Tapi BAHAYA ipar ini juga perlu diawasi. Tidak sedikit manusia yang "TERLAJAK" dengan ipar sendiri disebabkn hubungan dengan ipar ini LEBIH HALUS, LEBIH SUKAR DIKESAN DAN LEBIH MESRA.

Kerana itulah Baginda Rasulullah s.a.w telah pun memberikan amarannya dengan mengatakan bahawa " Ipar itu adalah MAUT " iaitu, "hubungan sumbang" dengan ipar sendiri lebih merbahaya berbanding dengan orang yg tiada kaitan kekeluargaan dan persamaaan.

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w:
Ertinya: Drp Saidina 'Uqbah Bin 'Amir r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : (("Jaga-jaga, Janganlah kamu bersunyi-sunyian 'khalwat' dengan mana-mana wanita"), maka bangunlah seorang lelaki drp Kaum Ansor bertanya : "Bagaimana pula dengan ipar?". Jawab Baginda s.a.w: "Ipar itu sendiri adalah MAUT")).

Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh (9 / 5232) dan al-Imam Muslim rh (4 / 2172). Juga diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad (4 / 149) dan al-Imam at-Tirmidzie rh (3 / 1171) serta al-Imam as-Suyuthi rh

Sebaik-baiknya kita tidak duduk serumah dengan adik-beradik ipar kita. Namun jika AMAN DRP SEBARANG BAHAYA (apatah lagi dengan keganjilan perilaku dan kecenderungan seks zaman sekarang), maka TIDAKLAH MENGAPA tinggal serumah dengan mereka.

Mudah-mudahan Allah Ta'ala menyelamatkan kita sentiasa drpd musibah2x yg tidak diingini.... Amin Ya Rabbal Alamin.

Thursday, June 3, 2010

GAZA






Cerita dari wartawan TV3 yang secara sukarela pergi ke Gaza (Razali Awang)
Berborak dgn Razali Awang, pemberita TV3 yg pergi ke Gaza baru-baru ni too share his experience. Razali ni tiap kali dia bercerita, mesti tersekat2 sebab dia kata dia tak dpt lupakan pengalaman yg dia akan kenang smpai mati.Sedih gila bila dengar..aku mcm terpukau je bila dia citer..benda ni tak jadi lg kat kita..so bila dengar cita penderitaan saudara kita ni, aku mcm nk pi sana gak untuk tolong apa yg mampu..tp setakat ni aku hanya boleh berdoa..bawah ni antara point2 citer yg dia citer kat kami,..


Mesir
Razali kata ni Firaun modern. Nama je Islam tapi dah very secular. Sanggup kencing di dinding2 masjid. Mesir sekat sempadan ..the only way ke Gaza. Makanan dan ubatan2 sume rosak kat sempadan Mesir-Gaza. Sempadan Gaza and Mesir is 14 km long. Kalau lah tak de sekatan, rakyat Palestine takkan kebuluran..."Mesir lebih rela bersempadan dgn Israel drp bersempadan dengan Hamas!" – Apa punya manusia ni, kata Razali Awang.

Khutbah Jumaat di Mesir mengharamkan khutbah mengenai keganasan di Gaza. Razali btau rakyat Palestin yg dia interview, kat Malaysia tiap Jumaat kami bacakan Qunut Nazilah dan bersolat hajat demi kesejahteraan rakyat Palestine…Berapa banyak checkpoint dia kena lalui kat Mesir…tapi dgn pertolongan Allah SWT lepas pulak..tapi perit nya..yg mintak rasuah…charge naik bas 500 meter is RM70!!! Memang sekutu kuat Amerika and Israel.

Gaza (Palestine)
Terbahagi kepada 2 – Hamas dan Fatah…Belah Fatah ada kasino!
(antara Fatah dan Hamas mana yg korang pilih) Kata wartawan dari Belgium dan Itali, the best strawberry in the world comes from Gaza! Imam Shafie lahir di sini (sebak pulak bila dengar yg ni). Razali kata rakyat Palestine sangat berpegang teguh kpd ajaran Islam dan mazhab Shafie. Org Palestine sgt baik dan friendly as compared to other Arabs esp yg kat Mesir tu..Moyang Rasulullah SAW dikebumikan dia sini...Beautiful country, iklim Mediterranean ..boleh kalahkan Los Angeles kalau tak kerana peperangan..!!!

Hamas
Memang kalangan yg rela mati sebab mati syahid. Rela mati anytime. Bila bersalam perpisahan dengan Razali dia org ucap "Kalau anda dtg lagi ke sini, adakah kita akan bertemu lagi"…like they know they can die anytime. Tulang2 yg melekat kat dinding bangungan rosak, tak busuk walau dah berminggu! Mayat tak reput langsung, bila kubur dibedil oleh Israel…punyalah jahat manusia, kubur pun nak bedil konon tempat simpan senjata. Hamas ada 25,000 org..tak de senjata canggih tapi yg mati hanya 100 lebih je!! Hamas ni beroperasi di bawah tanah and they are everywhere. They operate in small groups. Isteri kepada yg mati syahid, hanya ada satu misi, utk berperang dan mati syahid supaya dapat jumpa suami semula di syurga.

Bagi mereka, kanak2 yg mati berada di sisi Allah SWT. Menurut seorang ibu yg anak nya mati syahid, hari ni sorang mati, esok lahir lagi seorang bayi..

Israel
Memang pengecut sebab tak berani perang one to one ngan Hamas. Kat darat hanya duduk dlm kereta kebal. Pastu serang ngan bom pintar, bom fosforus dari jarak jauh. Dia org tau Hamas ada penembak tepat! So, depa takut nak turun dari kereta kebal. Kereta kebal Israel musnahkan tanaman seperti anggur dan pokok zaitun sebab tanaman ni makan masa bertahun nak tumbuh balik. Biar rakyat Palestine kebulur dan tak de sumber pendapatan. Semua resolusi PBB, satu pun Israel tak ikut!!! Ada back-up besar lah katakannn...


Rakyat Palestine
Sedih Razali tengok dia org rebus rumput sebab dah tak de makanan. Kanak2 tiada cita-cita lain selain dari ingin menjadi pengebom berani mati kerana trauma melihat ahli keluarga dibunuh di depan mata sendiri!
(sbb tu bila dengar berita pengebom berani mati kat Palestine ni aku selalu sedekah al-fatihah kat pengebom tu..sbb korang tak tahu betapa besarnya dosa org awam biasa yg menyokong kemungkaran terhadap Allah swt..menyokong tindakan yg ditentang keras oleh Allah..dan korang tak tahu penderitaan si pengebom) Di hospital, pembedahan, jahit kulit ke apa ke…terpaksa dibuat tanpa bius. Sebab ubat dah tak de. Razali kata tak tahan dia tengok budak2 menjerit2 kesakitan bila kepala di jahit!

Dia jugak pergi sendiri ke dewan bedah yg telah dibedil dgn bom fosforus ..sebelum serangan ada few doctors sedang bedah pesakit….Razali kata tak de apa yg tinggal ..semua dah jadi abu!!! Ada la nampak serpihan tulang sikit2 here and there…Fosforus ni dia hancurkan kulit dan tulang…Nauzubillah.

Ada banyak lagi..but too long to write. Razali Awang memang volunteer nak pergi ke Gaza...So, inilah yg diceritakan oleh beliau.

Satu lagi antara pembekal rifle ke Israel selain dari USA is negara jiran kita ni ha...yg paling dekat...SINGAPURA! So Razali kata kalau kita shopping kat sana mcm kita sokong Israel. So friends, kita terus doa dan berdoa utk keselamatan saudara Islam kita di mana jua mereka berada..

Wasalam.

Wednesday, May 19, 2010

Duniawi


Di malam hari ini aku merenung byk hal tentang kehidupan yang selama ini aku jalani...Sudah seribu kalinya bahkan lebih, aku memilih jalan panjang dan berliku...Jalan yang penuh dengan perjuangan, tantangan, dan godaan yang begitu kuat dgn nikmat duniawi. Setiap hari aku melakukan dosa..

Duhai Allah, Yang Maha Mendengar lagi Maha Melihat…
kembali ku bersimpuh kepada-Mu, di gelapnya malam ini…untuk mengharap cahaya ampunan dari-Mu…kepada siapa lagi aku harus meminta, jikalau tidak kepada-Mu, Yang Maha Kuat siksaan-Mu…kutakut, saat Engkau memintaku kembali kepada-Mu..ku tak membawa bekal sedikitpun…amal2 yang kubanggakan, seolah fatamorgana di hadapan-Mu krn ketidakikhlasanku, krn kerakusan ku atas nikmat dunia, krn cintaku pada nafsu dan syahwat… Allah…Ya Kariim… Aku tak kan pernah menyerah untuk bangkit kembali…untuk bangkit dan berjuang lagi untuk kembali lagi pada keridhoan-Mu...walaupun hanya selangkah, setapak, tertatih-tatih…biarkan mereka berbicara tentang kelemahanku, kekuranganku, dan kebodohanku…dan mungkin mereka lebih baik dari diriku…yang aku ingin…hanyalah tempat yang mulia di sisi-MU….yang aku harap…adalah kematian yang baik, khusnul khotimah, dalam menghadap-Mu kelak…yang aku cita-citakan adalah mati syahid di jalan-MU ya Allah…aku menyadari kualiti iman aku yang masih sebiji sawi..tidak seperti khalifah Abu Bakar Ash Shiddiq yang telah mendapatkan jaminan syurga oleh Rasul-Mu..tidak seperti para syuhada perang yang telah engkau bahagiakan mereka dengan syurga di hadapannya tidak seperti kedua orang tuaku yg dengan ikhlas mendidik dan membinaku…tidak seperti mereka yang terus berjuang di jalan-Mu, yang istiqomah menegakkan agama-Mu…tidak seperti burung2 yang selalu bertasbih kepada-Mu pagi dan petang, sepanjang hari dan sepanjang malam Namun… saat ini, aku sadari…Engkau berikan kesempatan bagiku, untuk kembali ke jalan-Mu...jalan yang penuh dengan Tarbiyah…Tarbiyah dari-Mu dalam menyusuri jalan-jalan kehidupan menuju Keredhan-Mu..menuju Jannah Firdaus-Mu…

Amiin ya Allah,
Ighfirlana Dzunubana Ya Allah…(ampunilah dosa-dosaku duhai Allah)..

Ya Lathiifu Ulthuf Binaa…(Duhai Yang Maha Lembut, lembutknlah hatiku dlm menuai cinta-Mu)
Ya Mu’izzu A’izza Ummatana….(Duhai Yang Maha Mulia, muliakanlan umat kami -islam-)…
Pertemukanlah kami semua dalam surga-Mu…

Matikanlah aku dalam melafazkan … لا اله إلا الله محمد رسو ل الله
Bangkitkanlah aku dalam melafazkan … لا اله إلا الله محمد رسو ل الله
kumpulkanlah aku bersama orang-orang yg sentiasa melafazkan …لا اله إلا الله محمد رسو ل الله

Allah Ya Kariim, ya Samii’, Ya Bashiir…
Terimalah doa dan amalan-amalan aku...Hanya kepada-Mulah tempat aku menyembah dan meminta pertolongan…

Amiin..Amiiin…. Ya Rabbal ‘Alamiin….