Tuesday, June 22, 2010

AURAT WANITA

Alhamdulillah, segala puji hanyalah utk Allah Ta'ala. Selawat dan salam ke atas baginda Rasulullah s.a.w, ahli keluarga baginda yang suci, para sahabat yang kesemua mereka itu merupakan golongan yang amat mulia, para ulama' yang mukhlisin, para mujahidin di Jalan Allah Ta'ala dan seluruh muslimin. Amin.


Bagaimanakah aurat seseorang wanita muslimah itu di hadapan iparnya yg berlainan jantina...?

Maka jawapannya ialah: Wanita itu TIDAK DIBENARKAN MEMBUKA AURATNYA di hadapan iparnya (yang berlainan jantina). Wanita itu mestilah bertudung dan memakai pakaian menutup aurat.

Walaupun begitu dibenarkan wanita itu TIDAK MEMAKAI STOKIN dan juga MENYINSING LENGAN BAJUNYA agar mudah dia melaksanakan tugas-tugasnya di rumah (seperti di dapur). Ini disebabkan kalau si wanita itu mesti sentiasa berstokin dan berlengan labuh, sudah tentu ini agak menyukarkan dia melakukan tugasnya di dalam rumah .

Walaupun begitu, ini bukanlah alasan untuk si abang ataupun adik ipar untuk "MEMANDANG SECARA LAIN MACAM" (pandangan penuh berahi) kepada kakak ataupun adik iparnya. Bagaimanakah dibolehkan jika pandangan itu sendiri mempunyai "makna jahat" !?.

Tudung kepala (yang juga menutup lehernya dan dadanya) TIDAK BOLEH ditanggalkan di hadapan iparnya (yang berlainan jantina ini) .

Inilah dia hukumnya berdasarkan mudahnya Islam. Di samping kemudahan diberikan, Islam tidak lupa juga memberi amaran akan bahayanya apabila kemudahan itu disalah gunakan. Tidak dapat dinafikan, di dalam dunia moden ini kadang2 seseorang wanita itu terpaksa tinggal serumah juga dengan iparnya lantaran perkerjaan ataupun pengajian. Hubungan ipar itu hendaklah dijaga dengan batas-batasnya.

Ya kita boleh mempunyai hubungan mesra dengan ipar kita tetapi hubungan sebagai ipar sahaja. Tidak lebih daripada itu. Tapi BAHAYA ipar ini juga perlu diawasi. Tidak sedikit manusia yang "TERLAJAK" dengan ipar sendiri disebabkn hubungan dengan ipar ini LEBIH HALUS, LEBIH SUKAR DIKESAN DAN LEBIH MESRA.

Kerana itulah Baginda Rasulullah s.a.w telah pun memberikan amarannya dengan mengatakan bahawa " Ipar itu adalah MAUT " iaitu, "hubungan sumbang" dengan ipar sendiri lebih merbahaya berbanding dengan orang yg tiada kaitan kekeluargaan dan persamaaan.

Sabda Baginda Rasulullah s.a.w:
Ertinya: Drp Saidina 'Uqbah Bin 'Amir r.a , Baginda Rasulullah s.a.w pernah bersabda : (("Jaga-jaga, Janganlah kamu bersunyi-sunyian 'khalwat' dengan mana-mana wanita"), maka bangunlah seorang lelaki drp Kaum Ansor bertanya : "Bagaimana pula dengan ipar?". Jawab Baginda s.a.w: "Ipar itu sendiri adalah MAUT")).

Diriwayatkan oleh al-Imam al-Bukhari rh (9 / 5232) dan al-Imam Muslim rh (4 / 2172). Juga diriwayatkan oleh al-Imam Ahmad (4 / 149) dan al-Imam at-Tirmidzie rh (3 / 1171) serta al-Imam as-Suyuthi rh

Sebaik-baiknya kita tidak duduk serumah dengan adik-beradik ipar kita. Namun jika AMAN DRP SEBARANG BAHAYA (apatah lagi dengan keganjilan perilaku dan kecenderungan seks zaman sekarang), maka TIDAKLAH MENGAPA tinggal serumah dengan mereka.

Mudah-mudahan Allah Ta'ala menyelamatkan kita sentiasa drpd musibah2x yg tidak diingini.... Amin Ya Rabbal Alamin.

1 comment:

hudhud said...

hmm..pengalamn sye ketika mula utk menjaga aurat dihadapn sepupu,ipar duai bnyk cbaran..bnyk yg bertanya,mengejek..trima kasih ats entri ni,beri syer semangt