Thursday, May 6, 2010

Melayu Kita Melayu


Assalamu'alaikum wa'rahmatullahi wa'barakatuh..

Sejak akhir2 ini aku tgok sentiment "melayu" bermain2 di bibir setiap org...macam2 kes yg kita dengar dan perhati..dulu cerita2 mcm ni kita tgok kat dlm cerekarama je..skg dah ada live..Innalillah
..masa keluar statistik mengatakan 47 org penduduk Malaysia berzina setiap hari, berdebar2 hati aku..cuba bayangkan suatu hari nnti negara yg kita cintai ini di perintah oleh penzina2 ini..nauzubillah min'zalik..Allahuakbar...bayangkanlah..!

Kita tiap2 hari buat dosa..iman kita ni dah hilang..dah diliputi oleh nikmat dunia..lalai..! Sabda nabi: Iman akan luntur (yakni hilang) dengan penuhnya dosa-dosa yang dilakukan, maka carilah Iman dengan bertaubat"... Kita ni umat yg lalai..! sedarlah..kita ni org melayu yg jauh terpesong..jgn ckp la melayu ni tinggi darjat..kalo darjat kita tinggi solat tahajjud tu tak tinggal tiap2 malam..baru la tinggi darjat..ni nk smbahyang subuh pun smpai abis bateri jam loceng, tak bangun2.. tolak abis segala perintah Yang Esa..Melayu skg pantang di tegur..kalo di tegur "Cisss, kau..berani kau..." Allahu rabbi...tak caya pi belajar skit tentang hukum, pastu pi tegur bilal masjid kalo dia buat salah..bilal tu pangkah ko selama2nya..Allahu rabbi...

Anak beranak nabi, kalo langgar perintah Allah swt pun masuk neraka..terbalik bukit..tengelam dek laut..dah ini kan kita Melayu, anak beranak siapa..??? tu anak beranak nabi, saudara nabi, sepupu nabi, mata hijau, kulit merah, rambut perang..derhaka kepada Allah swt, di lemparkan juga ke neraka...dah tu, yg Melayu ni hidung kepek, perut buncit, rambut tak de..siapalah Melayu ni dgn Allah swt..??

Berbaliklah jadi umat yg beragama..bukan sekadar Islam di nama..Allah swt berfirman "Kamu akan dibangkitkan dengan kekasih kamu semasa hidup; jika berkasih dengan rasul, maka bangkitlah kamu dgn rasul"...cuba bayangkan kalo kita berkasih dgn Pok Nojib...hahaha bangun la korang dengan dia nnti kat padang Masyar..kalo berkasih dgn para alim ulamak..alangkah bahagianya hidup.. cuba pegi tengok skali kat fun fair dgn kubur..mana penuh dgn org..? kalo kita ni dah ada anak, anak tak balik kg jenguk kita..sunyi tak? sama la dgn org mati dlm kubur tu..org yg dah mati ni bawak 3 benda je...amal, sedekah, doa anak je..kadang2 ada jugak yg ckp "tak semestinya pi kuburrrr..duk umah pun boleh doa...." Saidina Umar pi ziarah kubur Rasulullah 100x sehari kerana sayang pada Rasulullah..kita ni sayang berapa kali pi ziarah...setahun skali je kot..tu pun tunggu raya..pastu pi bantai cat, letak mozek kat kubur..tanda sayang..bid'ah semua tu..bukan tu yg diminta oleh si mati..Allahu rabbi..

Melayu berapa kali baca Quran..? 4 helai pun susah..kalo surat khabar bersimpul2 kaki dok baca...dgn kopi cukup segala..tiap2 hari tak miss Utusang Rimau..layan pula lagu Ramlah Remly..isap rokok paip..fuhh..fuhhhhh asap kepol2... tajuk berita utama..."takkan Melayu hilang di dunia.." nnti dah mati jgn baca yassin kat tepi..bacalah Utusang Rimau tu.."ehh..kenapa ko baca surat kabar bapak ko mati ni Mat..?" "Abah tak suka baca Quran ni..dia suka baca surat kabar.."

aku ckp ni untuk peringatan aku dan isteri aku...untuk kami..untuk anak2 kami..sbb kalo tak tulis mcm ni masuk kiri kuar kanan..alim hari ni, esok pi karok..!!mintak maaf sgt2 la..aku dah lama tinggal benda2 mcm tu..aku suka kalo balik bentong..duduk dgn kawan yg dah insaf ni..bila cita balik masa lama2 tu buat kami sedih..dah tua2 ni baru terhegih2 nk hafal doa lepas smbahyang..berguru biar dgn cikgu/ustaz...Allahu rabbi..

mintak maaf kalo ada yg tersinggung..kau melayu, aku melayu..tp berapa nilai agama kau..?

wassalam...





Thursday, March 11, 2010

Debu..



Assalamualaikum wbt.....

Kita perlu SENTIASA SEDAR bahawa kita sdang diperhatikan oleh Allah. SENTIASA INGAT bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah swt. Jangan lupa, leka, lalai bahawa kita sedang diperhatikan oleh Allah swt.

Ini adalah antara cara asas untuk mendapat kekuatan iman.
Ini juga antara cara agar lebih khusyuk dalam ibadah.
Ini juga antara cara agar dapat hindari maksiat.

LATIHlah hati supaya selalu berkata, “Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.

“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.
“Aku sedang diperhatikan oleh Allah”.


Iman paling afdhal ialah apabila kamu mengetahui bahwa Allah selalu menyertaimu di mana pun kamu berada. (HR Ath-Thobari)

Sunday, October 4, 2009

SALAM SYAWAL

Assalamualaikum, pada kawan2 semua...
lama aku tak memblog, bukan apa..sibuk dgn tanggungjawab sbgai suami..macam2 yg dah aku lalui selama 6 bulan bergelar suami ni (baru 6 bulan je?)...hehehe

Alhamdulillah syukur kita ke hadrat Allah subhanahu wata’ala kerana dengan limpah kurnia ALLAH azza wa jalla, kita semua brjaya melaksanakan ibadah puasa Ramadhan sebulan (bagi yg puasa la kan). Dan sekarang kita brada dalam bulan Syawal. Bulan yang juga dimuliakan oleh Allah kerana padanya ada amalan brhari raya iaitu pada 1 syawal, dan padanya juga ada amalan berpuasa sunat yg amat besar ganjaran pahalanya, sebagaimana sabda Nabi,

“Barangsiapa yang berpuasa Ramadhan , kemudian diikuti dengan 6 hari daripada Syawal, adalah seperti berpuasa setahun.”

Fadhilat puasa 6 syawal disebut dalam hadis secara umum, tak dikhususkan dan dimestikan berturut2. Kalo berselang seli pun terhasil puasanya selagimana dalam bulan Syawal. Kalo puasa akhir syawal sekalipun, contohnya 29 syawal baru habis yg ke6, juga terhasil fadhilatnya. Cuma yg afdhalnya ialah ‘mutatabi’atan’ iaitu berturut2, tidak putus muwaalat harinya. Yg penting syarat sahnya mesti dalam BULAN SYAWAL!!Ibnu Abbas

Jadi sama2lah kita menghayati salah satu bulan yg istimewa ini..tak sempurna rasanya kalo sesuatu perkara yg baik tidak dikongsi dgn kawan2 semua walaupun kebaikan itu pahit..ye Anak2..! selamat beramal! Allah Hu'robi

Saturday, May 30, 2009

TERBARU


assalamualaikum semua...

apa cher korang2 ni..? diam ja..banyak gosip2 liar yg aku dengar dari kaki2 gosip yg kerjanya 24/7 dok gosip jer pasai kampung kita ni..tp apa2 pun rajin2 la update blog supaya org tahu perkembangan terkini pasai kita...eceh, ckp org..aku pun sebulan skali jer update..hahaha..mangap la..bz..huhu

aku skg dah kerja di tempat baru..hehehe..kejap2 tukar keje kan? dah mcm tu asam garam kalo keje dlm bidang ni..kalo nk best selalu2lah tukar...tp tak la best mana pun..lagi pening ada..skg aku dah kerja kat stesyen tibi...tibi3...hahaha...selalu lah tgok tibi3 yer skg..mana tahu aku jadi model terlajak..muka mcm aku ni memang ramai org puja..hahaha..bila weekends aku buat kerja2 freelance dgn brother bukit cilake dan abe warna itam...hahah...jangan riso...magicworks berjalan seperti biasa..kami sedang bekerjasama...dah senang nnti kami bercita2 membeli sebuah pesawat mudah alih utk memudahkan kami berjalan...tak payah nk tempuh jam...ok..doa2kan kami k...

tata..




Wahai Tuhan... Ku tak layak ke syurga-Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka-Mu
Ampunkan dosaku, terimalah taubatku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat-Mu, ampunkan daku... Oh Tuhanku

Wahai Tuhan... selamatkan diri ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Aku takut, Aku harap kepada-Mu
Suburkanlah cinta aku kepada-Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari-Mu

Saturday, May 9, 2009

A Heart Just Like Mak

Syurgaku di telapak kaki mereka


Ya Allah Ya Tuhanku...this is all I ask of you..

Ya Allah...please give me a heart just like Mak, she loves unconditionally, no matter what, no matter who..

Ya Allah...give me courage to be like Mak, she's very brave, she makes me unafraid..

Ya Allah...give me wisdom just like Mak, she knows everything, big and small, she's there to help through it all..

Ya Allah...give me strength just like Mak, she's been knocked down, yet she stands strong for another round..

Ya Allah...give me beauty just like Mak, when she smiles it gives me that feeling that everything will be ok, and all my problems disappear for awhile....

Ya Allah...give me generosity just like Mak, she helps the helpless, she never thinks of herself and she's so un-selfish....

Ya Allah Ya Tuhanku...
how much I admire makku...
how much I appreciate makku...
how much I thank you...for everything you've done...amin

Selamat Hari Ibu, Mak...

With so much of love,
Zulkhairy Yusof


(ditujukan khas utk mak dan mak mertuaku..)

WANITA.Jangankan lelaki biasa, nabi pun terasa sunyi tanpa wanita. Tanpa mereka, fikiran dan perasaan lelaki akan resah. Masih mencari walau ada segalanya. Apa yang tak de dalam syurga..? Namun Adam tetap rindukan Hawa.

"Dan Tuhanmu telah memerintahkan supaya kamu jangan menyembah selain Dia dan hendaklah kamu berbuat baik kepada ibu bapamu dengan sebaik-baiknya. Jika salah seorang di antara keduanya atau kedua-duanya sampai berumur lanjut dalam pemeliharaanmu, sekali-kali janganlah kamu mengatakan kepada keduanya perkataan ah (uff) dan janganlah kamu membentak mereka dan ucapkanlah kepada mereka perkataan yang mulia".
(Surah Al Isra' 23)