Monday, May 26, 2008

PULAU BATU PUTIH LESAP....

Bawalah peta ke Malaysia ke Tanjung Rambutan, tunjukkan lokasi Batu Putih dan cuba tanyakan siapakah yang layak keatasnya?, bukan sahaja orang gila malah semut dan lipannya juga akan memberi jawapan serupa. Tapi itu hanya di atas kertas namun Secara fizikal ia tidak sama sekali. Keluasan batu setengah padang bola bersalut taik putih satu ketika dahulu itu kini sah genggaman Singapura. Walaupun perairan dan pulau kecil lainnya masih berada didalam kedaulatan negara. Tapi ibarat sebatang pohon milik orang di kebun kita. Ketidakselasaan tetap menjadi titik tolak jika ia berada terus didalamnya.

Isu demi isu memenangkan Singapura menjadikan kita marah. Ternyata kini Harimau hampir kecundang dengan Singa. Perancangan memerdekakan Singapura tidak diiringi oleh fikiran dan masa depan terancang membawa padah sebagaimana Sultan Singapura musnah daulat dan dipandang hina oleh Republik Kecil itu. Apa yang nak dikatakan lagi. Nasi sudah menjadi bubur. Siapa pun akan marah dengan keputusan ICJ. Kita sebagai anak bangsa terpaksa menelan pil pahit atas apa yang diperlakukan oleh orang terdahulu.

Malaysia dan Singapura adalah jiran yang saling mencurigai setelah negara itu keluar dari Kerajaan persekutuan. Tindakan tergesa-gesa Tunku Abdul Rahman yang mengeluarkan Singapura dari Tanah Melayu kini menjadi mala petaka buat anak cucunya. Kesombongan dan kebongkakan Singapura serta terlalu takut dengan bayang-2 sendiri alias buruk sangka terhadap negara disekelilingnya menjadikan kita tidak senang duduk dengan helah mereka yang bersarat jahat. Negara “Town Country” terkesan secara tidak langsung dengan niat mahu merampas tanah Melayu setelah merasakan keluasan wilayahnya semakin mengecut. Kejayaan Israel merampas negara orang tanpa bantahan dunia menjadikan Singapura mahu belajar darinya. Komando dan tentera mereka dilatih kesana dengan tujuan penuh wasangka. Pemilikan alatan ketenteraan kita juga dipertikaikan. Ibaratnya pencuri yang sedang takut dengan pencuri. Mereka merasakan Malaysia membahayakan mereka walaupun sebenarnya mereka takut jika pertahanan kita kuat dan cita-2 mereka gagal untuk merampas tanah Melayu kelak.

Apa-apa pun sekalung taniah kepada kerajaan kerana cuba menyesaikan masaalah ini setelah sekian lama. Para Nelayan kita kini sudah mendapat hak kedaulatannya untuk mencari sesuap nasi dilingkungannya tanpa rasa takut diancam oleh Si jahat Singapura. Walaupun begitu undang-2 tetap undang. Jika saya sendiri pun tidak dapat menerima secara rasional jika terlihat sebuah pulau milik orang dilaman sendiri.

Boleh rujuk disini,..
Pulau Batu Putih Milik Singapore, Middle Rocks Dapat Kat Malaysia - By Erzwan
Alasan Singapura untuk merampas Pulau Batu Putih - By Singapore Walk.
Sejarah penuntutan Batu Putih - by Google Books

Kisah lengkap dari Menteri Luar mengenai kedaulatan Pulau Batu Putih

3 comments:

KitKet said...

tu batu caves atau kawasan batu di gombak neh singapore xmo tuntut jugak ker?

sw337un73j4 said...

err batu belah batu bertangkop tu nak skali tak..nak? nak?

kalo, nak, nak bagi lewww..leh dia ngap ngan kowang pat singah porahh..

hiak hiak!burppp!!

Mem Aluya said...

Ehhh... rasanya dah komen kat sini... err blog Batu Putih mana yang aku komen semalam ek?? Kan dah putih mata ni ha...