Monday, June 2, 2008

KEBESARAN ALLAH SWT

http://zul878.multiply.com/video/item/5/Kailolo_kebesaran_ALLAH_SWT.3gp


Klip ini diterima dari seorang sahabat. Kisah ini berlaku awal tahun ini di Pulau Malibu, Indon. Sebuah masjid baru telah dibina di sebuah kampung di Pulau Malibu. Namun mereka tiada kren untuk pindahkan kubah dari masjid lama ke masjid yang baru.

Maka seramai lebih kurang 3000 orang qiyai telah berkumpul di masjid tersebut untuk berzikir. Dengan Rahmat dan kebesaran Allah kubah dari masjid lama "diangkat dan dipindahkan" ke atas menara masjid yang baru hanya dengan zikirullah.

Dikatakan ramai yang pengsan dan histeria melihatkan kejadian ini.

Wallahualam.

"Dan (sungguh ngeri) sekiranya engkau melihat ketika orang-orang yang berdosa itu menundukkan kepalanya di hadapan Tuhan mereka (dalam keadaan malu dan hina, sambil merayu): Wahai Tuhan kami, kami telah melihat dan mendengar dengan sejelas-jelasnya (akan segala yang kami ingkari dahulu); maka kembalikanlah kami ke dunia supaya kami mengerjakan amal-amal yang baik; sesungguhnya kami sekarang telah yakin." (As-Sajadah : 12)

3 comments:

Kakak Tiri said...

Megik sungguh. Subhannallah.

Khambeng Madu said...

Allahuakbar...!!

cik tun teja said...

Allah Maha Besar!